Fairy Dreams ♥



sayangkan isteri tinggal-tinggalkan(ombak rindu)
Sunday 1 April 2012 | 23:45 | 0 Dream (s)


Menonton filem ombak rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi”  itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.

Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya wanita lain yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.

Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.



Older Post | Newer Post




Welcome To Fairy Dream :) Follow | Dashboard