Fairy Dreams ♥



Bahaya Tabiat Gigit Kuku
Sunday 15 April 2012 | 00:46 | 0 Dream (s)




Kuku yang sihat berwarna bening , bertekstur halus dan kuat . Jika kuku kamu berwarna kekuningan , rapuh , bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku kamu tidak sihat . Kuku yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai penyakit . Salah satu penyebab kuku tidak sihat adalah kebiasaan menggigit kuku . Ada sesetengah gadis gemar menggigit kuku jari mereka saat mereka stress atau gugup .

Ada sesetengahnya pula suka menggigit kuku saat tidak sedar sambil menonton televisyen ataupun bergayut di telefon dan tahu-tahu kuku jari kamu telah "habis" . Perlu diingatkan , kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu . Antaranya boleh menimbukan luka pada hujung jari atau kutikula ,sehingga meningkatkan risiko radang pada kuku dan mulut . Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk ini dan berikut adalah tipsnya :

Setiap kali memotong kuku , pastikan kamu turut merapikan kuku kerana kuku yang dipotong pendek
dan rapi akan mengurangkan keinginan untuk menggigit kuku .

Jika kuku kamu sudah sedia rosak , bolehlah menggunakan kuku palsu untuk menutupi kuku yang rosak sehingga ia tumbuh kembali .

Cubalah terapi penghilang stress agar kebiasaan kamu menggigit kuku saat stress boleh berkurangan misalnya menulis , melukis atau membaca .



Older Post | Newer Post




Welcome To Fairy Dream :) Follow | Dashboard