Fairy Dreams ♥



7 Tips Menjaga Hubungan Kamu dan Ibu
Sunday 15 April 2012 | 01:03 | 0 Dream (s)


Assalamualaikum , seperti yang kita tahu , kasih sayang  ibu tiada gantinya , dan kita mesti hargai dan menjaganya dengan baik , antara langkahnya ialah :

Kamu hendaklah mendengar setiap nasihat yang diberikan . Jangan pernah melawan kata-katanya , dikhuatiri ibu kamu akan terasa hati dan bersedih

Kamu kena inagt ! Sentiasalah merejuk kepada ibu kamu terlebih dahulu jika kamu ingin melakukan sesuatu perkara . Biar ibu kamu tahu yang kamu sangat memerlukan dia !

Jangan sesekali kamu melukakan hati ibu kamu dengan perkara yang tidak disukainya . Lebih baik kamu elakkannya .

Hormati ibu kamu sebagaimana kamu menghormati orang di sekeliling kamu . Jika kamu menghormati dia , pasti setiap apa yang kamu lakukan akan direstui olehnya .

Sayangi ibu kamu dan tunjukkan kepadanya yang kamu sangat menyayangi dirinya dan tidak mahu kehilanggannya .

Hadiahkan ibu kamu dengan hadiah yang menyenangkan hatinya . Mungkin kamu akan menjadi anak kebanggaannya .

Sebagai anak , tidak ada salahnya jika kamu membawa ibu kamu berjalan-jalan sambil makan angin . Mungkin sudah lama ibu kamu tidak merasai semua itu .
Bahaya Tabiat Gigit Kuku
| 00:46 | 0 Dream (s)




Kuku yang sihat berwarna bening , bertekstur halus dan kuat . Jika kuku kamu berwarna kekuningan , rapuh , bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku kamu tidak sihat . Kuku yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai penyakit . Salah satu penyebab kuku tidak sihat adalah kebiasaan menggigit kuku . Ada sesetengah gadis gemar menggigit kuku jari mereka saat mereka stress atau gugup .

Ada sesetengahnya pula suka menggigit kuku saat tidak sedar sambil menonton televisyen ataupun bergayut di telefon dan tahu-tahu kuku jari kamu telah "habis" . Perlu diingatkan , kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu . Antaranya boleh menimbukan luka pada hujung jari atau kutikula ,sehingga meningkatkan risiko radang pada kuku dan mulut . Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk ini dan berikut adalah tipsnya :

Setiap kali memotong kuku , pastikan kamu turut merapikan kuku kerana kuku yang dipotong pendek
dan rapi akan mengurangkan keinginan untuk menggigit kuku .

Jika kuku kamu sudah sedia rosak , bolehlah menggunakan kuku palsu untuk menutupi kuku yang rosak sehingga ia tumbuh kembali .

Cubalah terapi penghilang stress agar kebiasaan kamu menggigit kuku saat stress boleh berkurangan misalnya menulis , melukis atau membaca .


Anda Tahu ?
Thursday 12 April 2012 | 03:59 | 0 Dream (s)
Assalamualaikum :) hari ini saya nak post trivia yang anda semua mungkin xtahu ~ oke , jom kita mulakan :)

1 ) Di Albania , menggelengkan kepala bermaksud 'YA' dan mengangguk kepala pula bermaksud 'TIDAK' .    So , bila korang dapat peluang kesana , jangan tersilap pulak .

2 ) Remaja yang merokok kebiasaannya akan meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit jantung dan
     pelbagai kanser , termasuklah kanser paru-paru dan esophageal .


3 ) Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir . Selebihnya digunakan untuk aktiviti  
     lain atau mencetuskan pergerakan di luar kawalan .

4 ) Ketika bersin , semua organ yang ada di dalam badan tidak berfungsi termasuklah jantung.



5 ) Dalam satu kajian , 56% remaja mengaku menjawab telefon ketika sedang memandu .

6 ) 50% lelaki remaja menyatakan mereka lebih rela dilahirkan dalam keluarga yang kaya daripada                               dilahirkan sebagai seorang yang bijak . Ada juga camtu kan ? Ishh5 !!

7 ) Watak kartun DONALD DUCK pernah diharamkan di Finland kerana ia tidak memakai seluar

kimia~
Tuesday 3 April 2012 | 23:50 | 0 Dream (s)


aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita
kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku
bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku
bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
kau seru akulah pelangi cintamu
why???
Monday 2 April 2012 | 00:46 | 0 Dream (s)


Ada sepasang bayi kembar yang seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Abu.Abu berbadan gempal dan sihat tapi Ali pula kurus kering kerana tak cukup menyusu dari ibunya sedangkan Abu pula sering disusukan oleh ibunya.

Oleh kerana si Ali marah sikap pilih kasih ibunya,maka pada satu malam ketika ibunya sedang tidur dia telah menyapukan racun pada kedua-dua susu ibunya supaya si Abu cepat mati.
Tetapi apabila Ali bangun dari tidur pada pagi esoknya didapati ayahnya yang meninggal dunia bukannya si Abu.

Persoalannya, mengapa ayah mereka yang meninggal?...
"when i look at you"
| 00:31 | 0 Dream (s)


Everybody needs inspiration
Everybody needs a song
A beautiful melody
When the nights are so long

'cause there is no guarantee
That this life is easy

Yea when my world is falling apart
When there's no light
To break up the dark
That's when I
I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I
I look at you

When I look at you
I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars hold the moon
Right there where they belong
And I know I'm not alone

Yeah when my world is falling apart
When there's no light
To break up the dark
That's when I
I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I
I look at you

You appear just like a dream to me
Just like kaleidoscope colors that cover me
All I need
Every breath that I breathe
Don't you know you're beautiful
Yeah yeah

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I
I look at you

I look at you
Yeah
Whoa-oh

You appear just like a dream to me
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan(ombak rindu)
Sunday 1 April 2012 | 23:45 | 0 Dream (s)


Menonton filem ombak rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi”  itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.

Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya wanita lain yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.

Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.



Older Post




Welcome To Fairy Dream :) Follow | Dashboard